Related Posts with Thumbnails

Thursday, January 13, 2011

Takoyaki oh Takoyaki

Salams,

Isu lain selain daripada isu lard adalah timbul juga isu sos takoyaki. Selalunya kalau kita membeli takoyaki, kita tak tahu pun apa isi kandungan sos takoyaki tersebut. Tapi oleh kerana kita nak makan juga .. kita anggap kita tak tahu apa isi kandungan sos takoyaki tersebut. Melainkanlah jika kita teringin nak buat sendiri, kita akan pergi membeli sos takoyaki. Apabila kita membaca isi kandungan sos tersebut, barulah kita tahu ada bahan yang meragukan dan pasti tak boleh makan.

Sebenarnya agak susah dan liat kita nak melawan nafsu dengan isu isu syubahah ini... kalau meragukan, jangan makan.. sebut memang mudah...kan... nak buat? tepuk dada tanyalah iman...

Okay.. sebenarnya bukan isu sos takoyaki yang saya sebut sbg penemuan yang tak di sangka sangka itu. Kerana ketika itu, sy masih beranggapan owh saya tak nampak apa isi kandungan sos tu.. jadi saya percaya apa yang penjual cakap..'tako yaki' ini tiada unsur haiwan melainkan seafood atau vegetarian semata mata....

sejauh mana kita boleh bergantung dengan kepercayaan terhadap penjual? kalau penjual tu orang islam mungkin kita boleh kata, takpa kita dah percaya kat dia.. dia kata halal.. makanya kita boleh makan...kalau ada bahan2 yang kita tak tahu?maka adakah penjual islam itu tanggung dosa ? kalau penjual bukan islam bagaimana?

Okay berbalik kepada kisah saya dan pakcik takoyaki. Boleh dikatakan setiap hari saya akan membeli takoyaki semasa perjalanan pergi atau balik dari universiti. sudah tentu ketika beli saya akan berbual bual dengan pakcik takoyaki ini.

Antaranya:

takoyaki ni tak ada org letak daging ker? dan jawapannya taoyaki ni selalunya org letak seafood lah..

okay..

oleh kerana banyak kali membeli, sehingga satu hari saya tergerak hati nak tanya resepi takoyaki. sebenarnya dah lama nak mintak resepi daripada pakcik ni. Tapi biasalah selalunya orang yang berniaga jarang nak bagitahu resepi masakannya.. tambahan secara general orang Jepun sebenarnya mmg sangat kedekut dengan formula formula..tambahan ilmu yang belajar kat university pun sama.. haha kalau dihuraikan panjang pula isu introvert ni....

okay berbalik kepada resepi takoyaki tadi, di bawah ini adalah antara perbualan yang masih bermain main di minda ingatan saya..

satu hari di bawah tiang lampu tepi jalan.

saya: sedaplah takoyaki ni...susah tak kalau nak buat sendiri?

pakcik : tak lah.. pakai bancuhan tepung ni...then kita letak kobis then masak bulat bulat .. bulat2 ni kalau nak buat kene skill la sikit...

saya: ya lah saya tak pandai

pakcik: letak sos, letak mayonis, letak hirisan bonito ..

saya: saya suka tengok hirisan bonito (katsuo) seolah menari nari di atas takoyaki yang kepanasan

pakcik: (gelak) hahahaha

then next next next day...

saya: tapi pakcik bancuhan tepung tu letak apa?

pakcik: letak tepung , letak daun bawang..

saya:owh..

pakcik: owh ya.. sebenarnya dalam tepung ni kalau nak bancuh selalunya kita akan bancuh dengan 'air rebusan tulang'

saya: (dalam hati..AIR REBUSAN TULANG???) owh....

pakcik: itulah rahsianya.. tak kisahlah rebusan lembu ker......air rebusan ni memang standard kalau kita buh kat mi udon ker, bla bla bla bla bla blaaa...

ketika itu.. saya dah tak ingat lagi.....yang terpahat adalah AIR REBUSAN TULANG..
atau bahasa yang lebih glamour....air stok......

DAN sejak dari hari itulah saya tidak lagi membeli takoyaki lagi di JEPUN...saya hanya sekadar melambai lambai kepada pakcik tu dari jauh...Mungkin dia fikir saya dah taknak beli takoyaki lagi kerana dah pandai buat sendiri ha ha ha ha.....

saya teringat selalu makanan ruji saya adalah mi udon di kantin univ. Satu kerana murah.. satu kerana setahu saya kuahnya hanya jernih letak wakame atau dashi sahaja.....nantilah saya ceritakan tentang pengalaman saya makan mi udon pula ya...(saya inngat semuanya dalah seafood)

jadi kesimpulannya,
1. kalau nak buat takoyaki..macam kita buat cokodok.. bolehlah letak kuib ayam ker, kiub ikan bilis ker...nak tambah perisa... tapi pastikan kuib kuib tersebut ada tanda halal :)

2. kalau membeli takoyaki di luar, kalau anda pasti dan yakin makanlah :)

3. kalau yang menjual orang islam...dan buat sendiri pakai resepi saya hahaha belilah dan makanlah tanpa was was ha ha ha ha ha

4. kalau yang menjual orang Islam, tapi dia hanya sekadar tukar bakar kat kaunter depan...tapi yang membancuh dan memasukkan bahan2 adalah di bahagian dapur dan meragukan..elakkanlah......

selain daripada takoyaki, seingat saya, telah menjadi trend di Malaysia.. di bahagian dapur ketuanya akan menyediakan bahan2, kemudian pekerja pekerja Indonesia yang sesetengah yang bukan Islam atau budak2 lepas sekolah akan digajikan untuk menjaga kaunter......

saya tak berani bayangkan berapa banyak tompok tompok hitam di hati saya...tapi saya masih mengharapkan masih ada sedikit ruang merah bersih di hati ini....:(

Apa yang saya kongsi adalah untuk kita sama sama belajar sedikit demi sedikit mengelak dan cuba meninggalkan makanan yang meragukan..

saya teringat ada kawan yang pernah berkata... Kita ni kalau kat oversea janganlah nak fikir banyak sangat kalau nak makan kat luar.. Susahlah nak hidup kalau macamtu... yer ker?? :)

InsyaAllah nanti saya akan cuba ceritakan pengalaman makan udon ..(mi jepun yang bentuk macam laksa tu).. dan akan saya cuba kongsi resepi udon yang saya cuba..

kalau ada orang tanya saya tenpura tu okay ker? kalau ikut pengalaman saya yang bekerja di dapur Jepun.. tenpura tu okay.. sosnya tak berapa nak okay ...heheheh...kalau dapur yang professional tenpura tidak akan sekali lagi di goreng dengan minyak campuran menggoreng daging atau ayam...( ini pengalaman saya lah) kerana myk gorengan daging atau ayam akan mencacatkan gorengan tenpura..rupanya jd tak cantik dan ada habuk2 hitam yang akan melekat..mcmana ek susah sikit nak dsecribe...

kalau sushi? he he he nak tahu ker?

okay bye.. bersambung di siaran yang akan datang....

4 comments:

  1. woo, baru tahu pasal air rebusan tu
    jgn lupa smbung erita pasal udon pulak ye, it's one of my fav tu

    ReplyDelete
  2. wah bnyknyer penemuan..akk rasa amino acid tuh boleh mkn ker? ader dlm list haram made by KMA. just confuse..

    ReplyDelete
  3. Lagi satu akak nak tambah. Kalau taknak termakan makanan Jepun yang ada campur lemak binatang, makan kat restoren Jepun yang mahal2.Setakat yang akak tahu chef professional tak campur binatang (lembu/ayam/bab*) dengan seafood sebab rasanya lari. Kualiti jadi rendah. Pasal tenpura tuh memang betul.

    ReplyDelete
  4. yatie, tu la.. terkejut juga bila pakcik tu ckp.. tp kalau dipk pk logik juga sbb kita pun buh stok ikan bilis ka stok ayam ker kalau buat cokodok kan..

    idayu, acid amino tu akak tak pasti la... tp akak try juga search mmg sumber animal kan..

    kak hanny .. saya makan sekali jer kat restoran mahal tu pun orang yg belanja.. hehe.. aha yg tenpura tu tau sbb pernah keje restoran jepun yg mahal la juga...

    ReplyDelete