Salams,
Hari ini saya tak sembang bab makanan.. tapi saya nak sembang bab surat .
setahu saya surat layang ditulis oleh seseorang atau lebih dan dihantar kepada pihak tertentu di atas sebab tertentu dengan memakai nama samaran atau lebih kepada tidak mahu dikenali..
Saya ingat lagi saya dan kawan saya pernah menulis surat layang kepada ustazah saya semasa di sekolah rendah kerana tidak puas hati. Tak puas hati sebab kami tengok ustazah lebih memberi tumpuan kepada seorang budak lelaki lebih daripada kami yang lain.. Oleh kerana perasan jeles maka kami pun menulis surat layang tersebut. Tapi kerana tindakan yang sungguh amatur, ustazah dapat tahu dan kami kene cubit...Setahu saya budak laki tu belajar sampai ke Jordan pun dia.. dan selalu balik azan di masjid di taman kami...alhamdulillah..
Itu hanya surat layang di tahap budak budak sekolah rendah.Di peringkat politik pernah juga saya dengar tapi saya tak pastilah macamana keadaannya kerana saya bukan ahli politik..tapi suami saya pernah cerita ada surat layang di sekolahnya. Tentang ibubapa menulis surat tak puashati kepada ada sesetengah guru di sekolahnya.. tapi yang menulis surat tersebut merahsiakan identitinya seperti juga saya lakukan ketika di sekolah dulu.
Yang saya dapati, ada masanya surat layang dihantar kerana perasaan tak puashati,rasa dipinggirkan ...Apa pun saya rasa penyelesaian yang paling baik adalah perlu mengwujudkan komunikasi yang baik antara satu sama lain.
Contohnya: macam ustazah saya perlu terangkan pada kami semua bahawa memang dia nak latih budak lelaki tersebut bebetul sbb dia nak belajar ke Jordan. Jadi kami semua tak perlulah jeles kerana saya nak pergi belajar ke Jepun bukan ke Jordan ( hahahaha :P)
jadi, bagaimana pula dengan surat palsu?
Setahu saya surat palsu adalah surat yang dihantar oleh orang lain tapi mempunyai tandatangan orang lain atau dihantar oleh seseorang tetpi isi kandungan yang palsu kemudian dihantar kepada orang tertentu..
pada pendapat saya, surat palsu ni sebenarnya lebih memberikan impak yang besar berbanding surat layang. Kenapa saya katakan begitu?
Contohnya, pernah tak tengok cerita PRamlee? Ibu mertua ku? Ingat tak ketika Sabariah balik ke rumah maknya kerana bakal melahirkan anak. Kemudian, ibunya menghantar surat mengatakan bahawa Sabariah telah meninggal dunia ketika melahirkan? Apakah impaknya? kassim selamat daripada celik menjadi buta akibat menangis tak berhenti henti kerana mempercayai isi kandungan surat tersebut...
Itu isi kandungan palsu..
bagaimana pula dengan penulis palsu.
contohnya.. 2 orang A dan B berkawan baik, tetapi tetiba A mendapat surat daripada B mengatakan bahawa jangan diharap apa-apa daripada perhubungan mereka berdua.Sedangkan si B taktahu menahupun tentang surat tu. A pula mula menjauhkan diri. Manakala B pula merasakan A tetiba mendinginkan diri... apakah impaknya? besar atau kecil? Macam sadis sikitlah bunyinya kan...
Anda ada pengalaman dengan surat surat begini?
Apapun berterusterang kan lebih bagus.....
Fikir fikirkanlah...
takde pulak pengalaman dgn surat2 mcm tu
ReplyDeleteNadiah, bagus bagus kalau takder pengalaman mcm ni.. dulu dulu jer dapat surat.. skrg ni org dah pakai emails pulak... hehe
ReplyDelete