Related Posts with Thumbnails

Wednesday, January 12, 2011

Kisah Tentang Takoyaki Lagi

salams,

Saya memang suka makan takoyaki.. makanan ini adalah simple. seperti cokodok. dibuat bulat bulat cantik. didalamnya asal ada tako (sotong kurita). Kemudian pelbagai diubah diletak isian lain seperti cheese (jadilah cheezu yaki), udang(jadilah ebi yaki) atau diletakkan tuna (tuna yaki).

Saya diperkenalkan makanan ini semasa di negara matahari terbit (Jepun ler) oleh senior (sempai). selalunya kami akan makan takoyaki ni semasa membeli barang di Iizuka honmachi. Kedainya kecil comel jer. Selalunya saya akan berbasikal ke honmachi yang lebih kurang 10-20 minit berbasikal. Selalunya sampai akan order takoyaki kemudian membeli barang dapur, atau setelah selesai membeli barang dapur akan beli takoyaki makan dan balik ke rumah.Antara sebabnya takoyaki la yang harganya murah dan sekali lagi simple.

Satu hari, ketika saya ingin mengorder takoyaki seperti biasa, saya lihat penjual membakar seperti biasa. letak bancuhan tepung, letak tako, letak daun bawang, letak katsuo (hirisan bonito)..okay pass..semua okay..kemudian saya nampak pekerja itu menyapu sesuatu di tempat pembakar takoyaki tersebut sebelum memasukkan tepung bancuhan utk order yang lain.
Alamak.. apakah itu? saya cuba membacanya...'Ra-Do'..Ra-Do'?? apa kah itu??

tahukah anda apakah itu 'Ra-do'? bila dibaca dalam katakan mmglah bunyi RADO.. tapi sebenarnya.. ia adalah 'LARD'...


Ya Allah...nak tahu apa lard? cuba check here..http://en.wikipedia.org/wiki/Lard..LARD adalah conpem 'pig fat'.. Ampunkanlah dosa hambamu ini...... macamana selama ini tak alert ttg bende bende ni??

kemudian saya terus banned kedai tersebut!! dan tak makan lagi takoyaki..

Sehinggalah satu hari, ada seorang pakcik menjual takoyaki di persimpangan jalan di university saya. pakcik ini menjual dari dalam vannya..membakar di dalam vannya. kalau nak tahu bagaimana rupanya cuba search 'Takoyaki Truck' .

Banyak kali saya hanya lalu di depan van pakcik ni. Maklumlah saya kan lalu untuk singgah ke 'Combini Store'. (Convenience Store) bahasa Jepun kan tak ada huruf V.. so jadilah Kombini..untuk beli Onigiri nasik kepal.. selalunya kalau dah balik malam2 saya dah tak larat masak.. jadi Onigirila menjadi santapan saya.


Disebabkan pakcik truck tu selalu menganguk-angguk ketika saya lalu di depan trucknya. Satu hari saya singgah dan tanya..


"setelah di alih suara"

saya: saya nak tanya boleh?

pakcik: boleh tanyalah nak...

saya: pakcik pakai minyak apa untuk bakar takoyaki ni?

pakcik:saya pakai sarada (salad) abura (minyak)..



maksudnya pakcik ni pakai vegetable oil.. owh bagus bagus...



jadi mulai pada hari tu saya pun membelilah tako yaki di truck pakcik tersebut...



sehinggalah satu hari.................penemuan yang tak disangka sangka .... ...

Penemuan apa yer? nanti saya sambung yer..

Tungguuuu....


My homemade Tunayaki...(sbb letak tuna kat dalam)
Tuna Yaki yang telah sedia utk dimakan panas panas




10 comments:

  1. sos/kicap tako tu pun kdg2 ada pork fat jugak kan kak..nak selmat, kami buat sndiri je lah kat rumah, pastu makan dgn soso cili hehe

    ReplyDelete
  2. lapar .. lapar.. *selongkar peti ais*

    ReplyDelete
  3. Yatie, aha buat sendiri lg selamat... sos pun boleh buat sendiri... akak ada tulis kat blog resepi sos takoyaki hari tu.... banyak perkara yg syubhah sekrg ni.. yg peliknya ramai yg kat Malaysia suka dan bangga sangat pi makan kat kedai/restoran yang tak ada tanda halal (tak mau sebut kedai bangsa apa kang dikatakan rasis pulak)..

    hehe Ziela kat mana ni? kat lab ada peti ais ka? :P

    ReplyDelete
  4. ishh...suspen btol, siap ader to be continued lagi tuh..
    takoyaki mmg best, lagi2 musim sejuk nih..

    ReplyDelete
  5. ada penemuan lain pulak ke? suspen pulak :p

    ReplyDelete
  6. Kamu study kat Japan ke dulu? Wooo. Never knw :)

    ReplyDelete
  7. Salam kak nani, cepat la sambung cerita.. ira kat malaysia ni ada beli takoyaki yang jual dekat jusco hari tu . huhuhu..

    ReplyDelete
  8. lor...ada sambungan lak ke? suspens!! eheh.. anyway, saya mmg x minat sgt pun takoyaki. tapi kalo sekrg ni, nani yg buatkan takoyaki nye, mau 4,5 dulang saya telan. ahahhaha... sbb kalo nani yg buat sure sodap!

    ReplyDelete
  9. cepat sambung..suspens betui cerita ni..mmg kat oversea ni nak makan kena sentiasa alert kan..x pernah mkn pun takoyaki ni, x tau pun kewujudan dia heheh

    ReplyDelete
  10. Ayu, aha betul2 kalau makan takoyaki mulut berasap asap...

    Nadiah .. aha sib baik ada penemuan tu.. kalau tak berkilo kilolah jd darah dgg saya ...

    Nono Fara.. aha.. dah lama dah..kisah silam ni..

    Gebong.. hehe sedap tak kat Jusco tu? akak pernah beli kat area IKEA tu lupa dah lama dia... tapi rsnya tu kali pertama dan terakhir kot beli.. sbb bukan org Islam jual...

    Noora... hahaha nak buat punya lambat...hang nak siap berdulang dulang.. ni kira susah mcm nak sediakan hati nyamuk jugak lahh....

    Fidz.. hahaha sesaja kasi suspen sekali sekala

    ReplyDelete