Related Posts with Thumbnails

Sunday, December 19, 2010

Pindah dan Hijrah

Salams,

Selalunya jika kita nak pindah rumah banyak perkara nak difikirkan. Banyak benda yang perlu dikemas. Nak pilih mana satu nak dibuang, nak pilih mana satu nak diberi orang. Juga nak pilih mana satu yang akan dibawa bersama sama untuk berpindah nanti.

Memang agak pening jika memikirkannya. Jika hanya baju sekalipun agak pening kerana ada baju yang masih hendak dipakai. Ada baju yang jarang jarang dipakai. ada baju yang sudah sendat tapi masih teringin untuk dipakai dengan harapan akan kurus..huhu..atau pun saiz baju yang sebaliknya..

Pening kan?

Jika buku pula, ada buku yang kekadang tak dibaca pun. Tapi masih sayang untuk menyimpannya. Ada buku yang beberapa kali dibaca pun masih terasa akan dibaca.. Ada buku yang rsnya boleh diberikan kepada orang lain untuk dimanfaatkan..


Bagaimana dengan kehidupan kita? Apa yang harus kita bawa dari hari ke sehari? Apa yang harus kita tinggalkan dan buang jauh jauh...? Apa yang harus kita tinggalkan kepada orang lain untuk dimanfaatkan oleh mereka?

Dan.. Apa yang harus kita bawa untuk bekalan hari akhirat nanti?

Apa pun yang pasti.....biarlah bekalan yang bakal menemani kita itu adalah yang baik baik belaka insyaAllah....

Fikirkanlah.....

Salam Maal Hijrah.....

Saturday, December 18, 2010

Pilihan yang terbaik adalah Islam-Penyembelihan

Salams,

Saya pernah terjumpa satu dokumentari yang saya tak pasti samada saya lihat di Youtube atau di TV. Ianya adalah mengenai cara bagaimana haiwan disembelih/dibunuh sebelum dimakan.

Saya cuba mencari semula dokumentari tersebut samada ada di youtube atau tidak. Tapi malangnya saya tidak menjumpainya saya terlupa apa katakunci(keyword) yang sesuai.

Sebenarnya dokumentari tersebut saya ketegorikan sebagai yang agak ganas kerana dalam dokumentari tersebut menunjukkan cara bagaimana ayam, lembu dan dibunuh secara kejam.

Antara cara yang diperlihatkan adalah lembu yang dipancung secara hidup hidup. Ada juga mempaparkan bagaimana seekor haiwan diketuk ketuk kepalanya hingga hancur . Semuanya adalah tujuan untuk di makan....

Sadis bukan??

2-3 hari lepas saya melihat rancangan seolah olah survival di satu satu tempat yang tiada makanan. Beliau memakan apa saja bangkai yang dijumpai.. Makan ular, hidup hidup, menangkap anak buaya dan sebagainya....


Sebelum daripada itu saya ada melihat rancangan yang ala-ala begitu juga, bagaimana sekumpulan manusia yang menjumpai ayam dan ingin memakannya...Apakah cara yang mereka buat??

i. menangkap ayam tersebut dan memulas leher sehingga mati
ii. menangkap ayam tersebut, memegang kaki ayam tersebut dan menghempas ayam itu berkali kali sehingga mati..

kemudian diperlihatkan mereka menangis nangis kononnya rasa bersalah....
kemudian dengan tak rasa bersalah pula bila menjamah ayam yang telah dipanggang itu?

.........

Mengapa semua fenomena itu tersebut berlaku??

i. kerana cara penyembelihan Islam tidak sampai kepada mereka
ii. kerana mereka lebih menganggap cara sembelih Islam adalah lebih kejam dan hina
iii atau adakah kerana orang barat sentiasa bijak mencari cari cara lain dan tetap cuba terus menafikan cara Islam yang nyata telah tepat
iv....

Melihat kepada rentetan yang berlaku itu, cuba anda lihat sendiri cara penyembelihan dalam Islam...

Sabda Nabi saw bermaksud: “Sesungguhnya Allah mewajibkan untuk berbuat baik kepada sesuatu. Oleh itu jika kamu membunuh, maka perbaikilah cara membunuhnya, dan apabila kamu menyembelih maka perbaikilah cara menyembelihnya dan tajamkanlah pisaunya serta mudahkanlah penyembelihannya itu” (Hadis riwayat Muslim).

Cara penyembelihannya harus dilakukan pada leher haiwan itu, iaitu pada bahagian urat nadi atau kerongkongnya dengan menggunakan pisau yang tajam

Setiap penyembelihan perlu dimulakan dengan nama Allah yang menciptakannya

سْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ

Firman Allah bermaksud: “Maka makanlah haiwan (yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika kamu beriman kepada ayat-ayatnya” (Surah al-An’aam, ayat 118).

...

Fikir fikirkanlah.. Islam adalah agama penuh rahmat dan kasih sayang....

Friday, December 10, 2010

Resepi : Tako Yaki dan Sos

Salams,

Memandangkan ramai yang minta resepi tako yaki ni dan tak jumpa kat mana saya post resepi ni dulu..sini dan sini

Maka saya postkan semula resepi Tako Yaki ni..

Tako sebenarnya sotong kurita.. Tako ini boleh digantikan dengan lain seperti tuna maka menjadi tuna yaki.. jika dimasukkan udang maka jadi ebi yaki 

Pada pendapat saya sos adalah penting untuk dimakan bersama Tako Yaki ini

so ni resepi sos

1 cawan sos tomato

1 cawan worcestershire sos

Halia..agak agak 2 cm parut halus .. nak dapatkan rasa dan aromanya ..

bawang putih seulas.. ni pun sama cam halia juga fungsinya untuk aroma..

1/4 cawan gula...

so masukkan semua bahan ke dalam periuk.. masak la sampai jadi pekat sos tu

SIAP........untuk pengetahuan tuan tuan dan puan puan sos ni bertahan selama sebulan jika disimpan di dalam peti ais..

Nak buat tepung tako/tuna Yaki?

tepungnya ada dijual di pasaraya...hehehe.. kalau tak jumpa tepungnya maka boleh dibuat sendiri

ni cara buat tepungnya..

1 cawan tepung gandum

300 ml air

1 sudu kecil baking powder

1 sudu kecil garam..

1 biji telur

ha senang tak? bancuhla semua ni.. kalau boleh cair tapi jgn cair sangat.. tapi jangan pekat sangat.. agak agak cair sikit dari buat cokodok jer...

Tuna/Tako/Ebi untuk di isi dalam

daun bawang potong potong

kobis dipotong halus

untuk ditabur..

serbuk ikan bilis

serbuk nori (seaweed)

katsuo.. (hirisan ikan bonito nipis nipis macam kertas )

okay sediakan tempat memasak tunayaki.. kalau takder anda boleh guna tempat masak kuih cara ker.. acuan bahulu ker.. kira okay la kot..

sapukan sikit minyak,masukkan tepung yang dibancuh tadi..3/4 penuh.. pastu masukkan tuna sikit tiap2 lubang yang berisi tepung tu.. kemudian tabur kobis dan daun bawang...biarkan sekejap..agak agak bawahnya dah masak anda boleh pakai lidi atau apa apa yang sewaktu dengannya untuk terbalikkan setiap satu ..macam terbalikkan bahulu tu..tapi kalau tunayaki ni dia akan jadi bulat.. so pepandai la kan...

bila dah dibalik balik sampai garing..cucuk dan letakkan di dalam pinggan...

taburkan serbuk ikan bilis (kalau ada).. saya pakai serbuk ikan bilis halus dari Knorr.. taburkan katsuo

taburkan seaweed.. (kalau takder serbuk seaweed ,amik kepingan seaweed then potong halus halus...)

letakkan sos yang sedap tu.. letakkan mayonis..

makan semasa tunayaki masih panas di waktu hujan.. memang sedap....makan sebijik sebijik janganla pula potong pulak.. penat orang buat bulat2.. satu lagi saiz tunayaki ni memang diciptakan oleh orang Jepun ikut saiz mulut orang dewasa.. so kalau pakai acuan bahulu kene la belah dua... kalau acuan kuih cara tu rasanya kecik kot..lebih kurang saiz acuan takoyaki/tunayaki..


Selamat Mencuba

Tuesday, December 07, 2010

Happy New Year 1432H

Happy Islam New Year...

Muharram 1st, 1432 H...

to all Muslim around the world


Monday, December 06, 2010

Doa Awal Tahun dan Doa Akhir Tahun

Doa Akhir Tahun:
Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


Doa Awal Tahun:


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.