Memandangkan ramai yang minta resepi tako yaki ni dan tak jumpa kat mana saya post resepi ni dulu..sini dan sini
Maka saya postkan semula resepi Tako Yaki ni..
Tako sebenarnya sotong kurita.. Tako ini boleh digantikan dengan lain seperti tuna maka menjadi tuna yaki.. jika dimasukkan udang maka jadi ebi yaki
Pada pendapat saya sos adalah penting untuk dimakan bersama Tako Yaki ini
so ni resepi sos
1 cawan sos tomato
1 cawan worcestershire sos
Halia..agak agak 2 cm parut halus .. nak dapatkan rasa dan aromanya ..bawang putih seulas.. ni pun sama cam halia juga fungsinya untuk aroma..
1/4 cawan gula...
so masukkan semua bahan ke dalam periuk.. masak la sampai jadi pekat sos tu
SIAP........untuk pengetahuan tuan tuan dan puan puan sos ni bertahan selama sebulan jika disimpan di dalam peti ais..
Nak buat tepung tako/tuna Yaki?
tepungnya ada dijual di pasaraya...hehehe.. kalau tak jumpa tepungnya maka boleh dibuat sendiri
ni cara buat tepungnya..
1 cawan tepung gandum
300 ml air
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam..
1 biji telur
ha senang tak? bancuhla semua ni.. kalau boleh cair tapi jgn cair sangat.. tapi jangan pekat sangat.. agak agak cair sikit dari buat cokodok jer...
Tuna/Tako/Ebi untuk di isi dalam
daun bawang potong potong
kobis dipotong halus
untuk ditabur..
serbuk ikan bilis
serbuk nori (seaweed)
katsuo.. (hirisan ikan bonito nipis nipis macam kertas )
okay sediakan tempat memasak tunayaki.. kalau takder anda boleh guna tempat masak kuih cara ker.. acuan bahulu ker.. kira okay la kot..
sapukan sikit minyak,masukkan tepung yang dibancuh tadi..3/4 penuh.. pastu masukkan tuna sikit tiap2 lubang yang berisi tepung tu.. kemudian tabur kobis dan daun bawang...biarkan sekejap..agak agak bawahnya dah masak anda boleh pakai lidi atau apa apa yang sewaktu dengannya untuk terbalikkan setiap satu ..macam terbalikkan bahulu tu..tapi kalau tunayaki ni dia akan jadi bulat.. so pepandai la kan...
bila dah dibalik balik sampai garing..cucuk dan letakkan di dalam pinggan...
taburkan serbuk ikan bilis (kalau ada).. saya pakai serbuk ikan bilis halus dari Knorr.. taburkan katsuo
taburkan seaweed.. (kalau takder serbuk seaweed ,amik kepingan seaweed then potong halus halus...)
letakkan sos yang sedap tu.. letakkan mayonis..
makan semasa tunayaki masih panas di waktu hujan.. memang sedap....makan sebijik sebijik janganla pula potong pulak.. penat orang buat bulat2.. satu lagi saiz tunayaki ni memang diciptakan oleh orang Jepun ikut saiz mulut orang dewasa.. so kalau pakai acuan bahulu kene la belah dua... kalau acuan kuih cara tu rasanya kecik kot..lebih kurang saiz acuan takoyaki/tunayaki..
Selamat Mencuba
resipi menarik utk dicuba oleh saya.. menu pertama utk si dia,November tahun depan, ok x? hee :p?
ReplyDeletewah wah :) selamat mencuba hehe
ReplyDeletemasak dlm oven ke atau mcmmana ni?
ReplyDeleteNur, masak macam kuih cara tu...atas api..
ReplyDeletebest nye...nani boh resepi takoyaki. sankyu sbb share. kiter tak pernah buat takoyaki. dulu2, mana minat mkn takoyaki. la ni pun tak le berminat sgt. tapi bila baca resepi dari nani ni, nanka jadi terhingin nak buat sendri dan mkn dgn family. hohoho..
ReplyDeletehehe Noora, sy suka makan takoyaki.. ada sbb kenapa sy dok mencari resepi takoyaki ni nak buat sendiri.... nanti sy citer di posting hehe
ReplyDelete