Related Posts with Thumbnails

Saturday, April 17, 2010

Potato Gratin

Salams,

Sesekali sy nk citer apa yang saya masak untuk family saya. Jika di Malaysia kita boleh beli lauk pauk di luar atau makan di luar.. di Waktu pagi pula boleh membeli kuih muih di tepi tepi jalan.. Tapi di sini?

Semalam saya kekeringan idea untuk masak apa buat bekalan anak. Stok biskut pun telah habis begitu juga stok jajan yang lain. Jadi saya tengok kiri kanan di dapur saya yang kecil itu...nampak potato.. tapi tak maula potato goreng..

So jadilah potato gratin. Jangan marahkan saya jika resepi saya selalu tak ada sukatan.. sbb saya ni jenis sempoi jer...sebab tu saya tak pandai buat kek.. sbb nak buat kek perlu ada sukatan yang betul... mungkin ini ada kaitan dengan blood B+ type.. tak suka ikut peraturan hehehe.. Mean kiraorang ni kreatif dan innovatif la kan? Ntah la Jang..

Ni saya bagi resepi yang saya buat ..Sebab saya kan chef yang sempoi.. masa yang diambil hanyalah dalam 30 minit sahaja yer...

Untuk sekali makan ketika panas (4-5 org )
3 -4 biji potato
3 ekor udang(banyak tu jer yg tinggal dalam petiais)
5-7 cendawan butang
4 keping cheese (pastikan yang halal)
(atau apa2 jenis cheese yang anda suka tak kisah la kan)

utk white sos:
2-3 sudu besar tepung gandum
1 cawan susu segar
2 sudu marjerin/butter

1. potong kentang bulat bulat dalam 0.5 cm letak dalam acuan membakar ( 30 saat)
2. panaskan dalam microwave /kalau nak direbuskan pun boleh (5 minit)
2.cincang udang dan cendawan butang.. kalau tak nak cincang kene guna banyak udang ..(1 minit sbb kene kupas kulit udang kalau tak ada kulit lg cepat)
3.taburkan mereka semua di atas potato..ketepikan ( 15 saat)
4. taburkan juga sedikit garam,lada sulah or black pepper..ikut citarasa...( 15 saat)
5. panaskan oven 180-200 darjah celsius.( 2 saat)
6. dalam periuk cairkan butter/marjerin ( 1 minit)
7.masukkan tepung sedikit demi sedikit kacau sehingga nampak tepung tu keperangan muda ( 3 minit)
8.tuang susu segar dan kacau sehingga sebati akan jadi kepekatan.. tp jgn sampai berketul..itu tandanya telalu kering..( 3 minit)
9. Tuang di atas kentang.. tadi.. kemudian susun kepingan keju tadi menutupi permukaan...kalau bekas besar mungkin akan guna lebih banyak keju... ( 30 saat)
10. Bakar (15 minit 28 saat) (tengok sehingga permukaan ada sedikit perang kecoklatan)

Siap.... makan ....

(maaf tiada gambar)


sekian...

3 comments:

  1. hehe..adat duduk di perantauan..nak mkn, kena masak la jwbnya. tak reti pun blh jd reti :D

    ReplyDelete
  2. sedap tu.. tp dah biasa kat sana kan.. kalo sy yg tercampak situ alerrr hancussss

    ReplyDelete