Related Posts with Thumbnails

Monday, December 28, 2009

Fathi Najmi 2 tahun

hadiah basikal dari ibu , ayah dan kakak

Salams,
27 hb Disember 2009 genaplah umur Fathi Najmi 2 tahun.

Ibu dan ayah sentiasa mendoakan semoga membesar menjadi anak yang baik , berjaya di dunia dan akhirat.

Ibu dan ayah tidak mengharapkan apa apa balasan hanya mendoakan kebahagiaan serta semoga tercapai segala impian dan cita cita mu.....




kek carca merba dari ibu.. itupun adik kata cantik


hadiah meja dan kerusi dari ibu ayah dan kakak tempat adik belajar

IBU AYAH DAN KAKAK SEMUA SAYANG ADIK



p/s: terima kasih buat atuk kedah semata mata telefon untuk wish birthday untuk adik..kad belum sampai sebab NZ cuti panjang..

p/s: esok hari jadi ayah pula... nak belikan apa yer?

Saturday, December 26, 2009

Hari Okay sedunia

Salams,

Tempohari bila saya sangat sangat boring , saya beritahu suami bahawa saya nak buat sesuatu yg belum pernah dilakukan.. saya nak dibawa ketempat tempat yang belum pernah kami pergi. Saya nak ke tempat2 yang saya tak perlu berfikir untuk rancang dan pergi.


Kemudian, suami ajak kami semua keluar. Pertama dia bawa perg ke shopping kompleks. Saya tanya padanya boleh tak saya nak membeli tanpa berfikir. Dia kata okay. Jadi saya pun membeli tanpa perlu berfikir.Tempat kedua, suami bawa ke tepi sungai.. Saya tengok air sungai dan berharap segala keboringan dan masalah boleh hanyut bersama sama air sungai...Kemudian saya beritahu suami saya ndak ke Hamilton Garden (dalam fikiran saya sebenarnya Hamilton Lake) . Suami kata okay.. bila sampai di Hamilton Garden ..saya terkejut dan katakan pada suami.. Eh.. bukan sini.. Hamilton Lake.. padahal saya yang mulanya cakap Hamilton Garden. Suami pun kata Okay terus keluar dari tempat parking ke Hamilton Lake..Di Hamilton Lake tengok air lagi... Angin pun kuat semoga dapat meniup pergi segala keboringan...

Buat pertama kali 2 hari selepas itu , kami sekeluarga dan 2 keluarga yang lain pergi memancing.. Itulah pertama kali suami membeli joran dan memasang joran dan itulah juga pertama kali pergi memancing...Seronok juga memancing.. Tapi ini hanyalah aktiviti keluarga.. Fathi Najmi pun sibuk2 nak memancing, jadi saya cadangkan kepada suami mungkin lain kali perlu belikan satu joran untuk Fathi Najmi supaya dia tak kacau joran saya hehe..Tapi suami katakan pada saya; adakah saya bersedia jika Fathi Najmi jadi kaki pancing? Oh saya kata tidak.....hehehehe..kalau nak memancing hanyalah untuk aktiviti bersama keluarga... Seronok jugalah dapat tangkap 10 ekor ikan...

Oh Ya esok hari Jadi Fathi Najmi yang ke 2.. Pening juga nak belikan apa.....




Sunday, December 20, 2009

Luahan Rasa...

Setiap Hari kakak asyik kata boring ketika tidak dibenarkan bermain di luar rumah.

Sekarang saya pun rasa bosan boring sangat sangat . Setiap hari melakukan perkara yang sama ..makan,masak,makan,masak,tidur,belajar belajar belajar, makan masak lagi ,berfikir berfikir berfikir...Memang membosankan.

I need a rest, I need some entertainment, I need some suprise , I need a vacation.....

Everyday I have to plan and think what to do .. Kali ini saya rasa bosan dan rasa mahu berhenti berfikir daripada merancang apa apa sahaja..

Tolonglah..Bawa lah saya ke mana mana saja yang tempat yang tidak membosan kan.. huhuhu

Luahan rasa...yang tah apa apa...

Tuesday, December 01, 2009

Permudahkanlah..

Moga Allah mempermudahkan segala urusan kami sekeluarga, Ameen Ya Rabb.