Related Posts with Thumbnails

Thursday, December 21, 2006

aku dan ikan


dulu dulu masa aku sekolah rendah, aku suka pergi ke sawah padi di belakang sekolah aku.
antara sebabnya ialah aku nak sauk ikan kat batas bendang tu. selalunya aku akan ajak adik aku pergi sauk ikan kat situ.hehe nak tau dak aku guna sauk apa.. heheh aku amik penapis santan mak aku; sorang satu aku satu adik aku satu punya best pergi sauk.. aku pun tatau sebab apa berani sangat.. sampai satu hari tu tersauk ular terus aku tak berani lagi.

Sekali tu bila balik dari sauk of course la baju aku kotor semua.Mak aku marah la.. pastu dia membebel sebab guna penapis santan dia kuang kuang kuang. Tapi mak aku sporting walaupun dia marah..dia cakap lain kali amik penapis santan yg dah buruk dan yang pecah sikit hehehe.. so semakin bersemangatla aku sehingga tersauk ular tu..

So bila cerita bab ikan, masa sauk ni kekadang aku dapat ikan sepat, ikan puyu best best..bukannya nak makan pun bela..pas dua tiga hari ikan tu mati.. maybe sbb air paip ikan tu tak tahan. ataupun sebab tak jaga air sampai dah kotor sangat ikan tu pun boleh mati gak..

Selalunya ikan yang aku suka dapat masa sauk ialah ikan'karing' . atau orang panggil ikan pelaga.ada juga panggil ikan sepilau kalau bahasa scientific nya ialah betta splendens(jenis hiasan) dan betta imbellis(jenis biasa).. aku memang minat gila ngan ikan ni..aku pun tatau sebab apa. maybe sebab ekor dia cantik.. kalau dapat ikan ni memang aku suka sangat. kekadang kalau aku g sauk dengan kawan aku ,kitaorang akan tukar ikan ikan tu ikut suka sama suka.Maksudnya kekadang aku suka yang dia dapat..dan kekadang dia suka yang aku dapat tangkap...tapi ada kedekut juga..mana boleh bagi ikan yang cantik cantik kat orang susah susah sauk kan..tu yang bila jeles tu semangat membara nak terus sauk untuk mendapatkan ikan pelaga yang cantik cantik....

Memang gila betul..sampai satu hari tu bila balik umah adik aku berdarah masa dia kencing... aku punya la pelik aikss takkan dia period dulu?masa tu aku pun tatau apa tu period..Mak aku pun cuak jer.... bila mak aku jirus jirus rupanya ada pacat kat kaki peha adik aku.. uwaa sian kat dia.......

wah dah nostalgia sangat ni...

satu hari tu ,aku g umah kawan aku Am dan Shaff.. wahh punya la bestt.... aku tengok diorang ni bela ikan pelaga ni...
selama ni aku nak beli husband aku tak pernah bagi beli.. dia kata baik beli ikan yang boleh dimakan.. huhuhu sian kat aku..

So semalam aku memang tekad betul..dah seminggu aku dok desak husband aku beli ikan pelaga ni..tapi dia malas layan.. So semalam aku suh dia patah balik ke kedai jual ikan hiasan ni walaupun mula mula dia buat buat terlepas melewati kedai tu aku suh dia tawaf semula patah balik ke kedai tu..

Hajat aku nak beli ikan pelaga akan tercapai .. bestnya..bila masuk kedai tu aku tengok ikan pelaga tu tak berapa cantik.. tapi aku nak beli juga sebab dah sampai kat kedai tu kan.. heheh bila lagi dapat peluang ni kan.. harga dia RM1.50 sekor.. dalam pada aku dok belek ikan tu.. husband aku dok tengok ikan koi jepun..tetiba

dia cakap.."kita beli ikan ni nak?"

huhu ikan tu sekor RM 4.50 lagi mahal..

aku cakap .."nak beli yang murah jer RM1.50"

Pastu dia kata alang alang nak beli ikan ada tempat nak letak ikan ker?

aku kata ala buh jer dalam pasu bunga yang transparent tu...

then dia kata kita beli akuarium terus la....

huishhh aku lagi suka!!!

then akhirnya kami beli la akuarium kaca yang agak besar huhu... dan ikan ikan yang dibeli ialah ikan ikan pilihan husband aku.. yerla ikan pelaga mana sesuai letak dalam akuarium.. abis matila ikan lain.. kan ikan ni kaki gaduh..so untuk menggantikan ikan pelaga tu aku memilih untuk membeli seekor kura kura huhu best! semuanya 8 ekor ikan dan sekor kura kura hehehehe..



huhu dari aku nak beli ikan RM1.50 tu hari tu kami berbelanja RM70.00 semua sekali.. tupun akuarium tu kira murah sangat...kalau tak dekat RM50 harga akuarium saja..aku dapat RM20 hehe sebab second hand punya kikikiki .okay la kan..

Then malam tu kitaorang beroperasi dengan ikan dan akuarium muhahahaha..Then husband aku cakap kalau tiap tiap bulan beli RM10 ikan buh dalam akuarium lama lama pasti penuh kan akuarium tu..huhu dia yang lebih lebih..

Malam tu anak aku dok cakap zirafah zirafah..aku ingat apa..rupanya dia kata kura kura tu zirafah kuikuikui.. punya la aku nak tergelak.. semalam aku ajar dia perkataan kura kura ..Tadi dia cakap kuda kuda.. hahaha aku dah betulkan tadi dia cakap kura kura..

memandangkan akuarium tu takder lampu ..hari ni kitaorang singgah kedai ikan tu nak tengok lampu dia buat camna..rupanya dia guna lampu kalimantang jer.. so husband aku boleh buat sendiri.
sambil sambil tu kami tengok ikan lagi...

Hari ni ada stok ikan pelaga yang cantikk...maybe sebab banjir so banyak la stok... harganya RM3.50 sekor pergh mahal gak...bila tawar tawar aku dapat RM2 sekor hehehe aku beli juga ikan pelaga tu 2 ekor..satu kaler merah satu kaler biru CANTIK siuuttt!!!

alamak.. sambil tu husband aku tambah lagi ikan layang layang ...cantik..3 ekor lagi tu... then ada 2 ekor spesis ikan Goopy dan 2 ekor lagi ikan apatah spesisnya .kah kah kah..harganya semua RM10...huh! tak sampai bulan depan kitaorg dah beli lagi RM10 lagi ikan..padahal semalam cakap nak tunggu bulan depan nak beli ikan RM10 tiap tiap bulan hehehehe...

bila aku balik umah,aku tengok akuarium tu dah keruh.... bila aku belek belek rupanya anak aku dok syok bagi makan lak huhu penuhla makanan kat dalam akuarium tu sampai keruh air..huhu excited!!

selepas operasi... huhu ikan pelaga aku ni nak letak mana? mula mula aku letak kat pasu transperent aku tu..satu lagi aku letak dalam jag dapat free beli jus sunquick kekeke yang tak pernah guna.. then bila tgk tgk tak cantik lak sebab ikan tu separate dengan ikan ikan lain.Akhirnya aku letak ikan ni di dalam botol yang berlainan then aku masukkan botol botol tu dalam akuarium sama sama dengan ikan ikan yang lain..Perghh cantik jugak!!!

then aku dok ngadap akuarium tu sementara husband aku tengok berita kat tv sampai habis aku masih dok ngadap akuarium tu..aku tengok kura kura tu kesian lak sekor sekor..hemss aku nak beli lagi sekor ker besok?? oh no! not again! esok aku pastikan tak singgah ke kedai tu lagik..

Oh Ya! bagaimana dengan lampu? akhirnya husband aku ambil lampu meja study letakk di akuarium tu kekek cantik banget!

tula kisah aku, keluarga ku dan ikan ikan ..dan zirafah huhu ops kura kura!

dah berapa ek ikan kat dalam akuarium aku? tolong kirakan...



Tuesday, December 19, 2006

Mayat wanita tinggal nota dalam kereta ditemui

BATU PAHAT: Mayat seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak pagi kelmarin ditemui terapung di Sungai Batu Pahat di sini, kira-kira jam 11 pagi semalam.


Mayat Murniza Abdul Rahman, 27, ditemui anggota polis marin yang menjalankan gerakan mencari selepas menerima laporan kehilangannya.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris, berkata mayat mangsa yang tinggal di Taman Setia 1 di sini, ditemui kira-kira dua kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang.

Mangsa seorang pekerja kilang, dilaporkan hilang kira-kira jam 6 pagi kelmarin, bagaimanapun keretanya ditemui ditinggalkan di atas Jambatan Sungai Batu Pahat.

Turut ditemui dalam kereta wanita berkenaan sekeping nota yang mengandungi pesanan dipercayai ditujukan kepada keluarganya, antara lain meminta suaminya menghalalkan makan dan minum.

Berikutan itu, gerakan mencari dan menyelamat dilancarkan membabitkan polis marin dan Jabatan Bomba dan Penyelamat termasuk anggota Unit Skuba bomba dari Johor Bahru.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Batu Pahat untuk dibedah siasat dan dituntut keluarganya petang semalam.

Turut berada di Rumah Mayat Hospital Batu Pahat, semalam, anak wanita berkenaan yang berusia dua tahun.

Bagaimanapun, beberapa anggota keluarganya melarang wakil media mengambil gambar kanak-kanak perempuan itu dan mereka enggan ditemubual.



p/s: Aku tatau arwah ada anak......bila aku terbaca ni tadi...aku terdiam seketika ..Ya Allah bagaimana dengan nasib anak ini...Kasihan.. kasihan sangat..

Aku menangis..tapi menangis dalam hati......aku tak dapat gambarkan perasaanku ketika ini.......Ya Allah...aku rasa bersalah pun ada...kenapa aku tiada di saat arwah memerlukan nasihat .....tapi mampukah aku memberikan nasihat yang terbaik buat nya?

........jika aku penyebab nya..pasti aku akan merasa bersalah seumur hidupku...

...........noktah........tanda tanya......

Sunday, December 17, 2006

Kelmarin, Semalam dan Hari ini (sebuah kematian…)

Kelmarin, Semalam dan Hari Ini..
Aku dikejutkan dengan berita mengenai mati

Walaupun mati itu setiap saat itu adalah pasti..
Tapi aku tak pernah peduli

Kerana.
Mereka yang sebelum ini bukan yang kukenali.

Kelmarin..
Menurut seorang sahabatku
“Awak tahu …. Telah meninggal dunia..”
Ya Allah ..Apa sakitnya?

Kenalan itu …
Walapun aku tidaklah serapat mana
Namun 4 tahun yang lalu aku pernah berbual mesra
Bertepuk tampar dengannya..

Hems… Aku tak tahu nak komen apa.
Baca saja berita ini..
Inilah
kisah nya ..dan nota misterinya..

Nota misteri
Oleh Mohd Roji Abdullah

BATU PAHAT: Gara-gara masalah keluarga, seorang wanita berusia 27 tahun meninggalkan nota sebelum dipercayai terjun ke dalam Sungai Batu Pahat, awal pagi semalam.


Polis menemui kereta dipercayai milik wanita terbabit di atas jambatan sungai berkenaan selepas menerima maklumat daripada orang ramai.Turut ditemui di dalam kereta wanita berkenaan adalah sekeping nota yang meninggalkan pesanan dipercayai ditujukan kepada keluarganya, antara lain meminta suaminya menghalalkan makan dan minum.

Jurucakap polis berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang ramai yang mengesyaki sesuatu selepas ternampak sebuah kereta ditinggalkan dengan tingkap terbuka di atas jambatan Sungai Batu Pahat, kira-kira jam 6 pagi semalam.Beliau berkata, anggota kereta peronda yang memeriksa kereta berkenaan gagal menemui pemiliknya kecuali sekeping nota ditinggalkan di dalam kereta terbabit.“

Ada saksi nampak seorang wanita duduk berhampiran kereta di atas jambatan itu pagi tadi (semalam). Tetapi kita tidak pasti sama ada dia jatuh ke sungai atau tidak.“Kita masih menyiasat sama ada betul atau tidak kereta itu digunakan oleh pemiliknya tetapi berdasarkan rekod Jabatan Pengangkutan jalan (JPJ), pemilik kereta berkenaan memang seorang wanita,” katanya.Jurucakap polis itu berkata, walaupun tidak pasti wanita berkenaan jatuh ke dalam sungai atau tidak, pihaknya melancarkan gerakan mencari dan menyelamat sejak pagi semalam.

Operasi membabitkan polis Marin serta Jabatan Bomba dan Penyelamat termasuk anggota unit skuba Bomba dari Johor Bahru, gagal menemui mangsa sehingga jam 4 petang semalam.


Mayatnya ditermui kemudiannya…di dalam sungai tersebut..

Innalillahi wainna ilaihiraji’un..

Dan Semalam..
Di Awal pagi.. sahabat ku
Terpaksa pulang ke Kelantan
Bersama abang abang dan kakaknya
Kata bondanya ,ayahanda kelihat amat berbeza…

Sahabat yang ku kenali ..
Yang sangat kukenali hatibudinya..
Yang terlalu Tabah yang terlalu Tabah..
Hanya itu ungkapan yang sesuai buatnya,,,

Sebelum berangkat ku pesan padanya
Berhati hati di perjalanan ..
Ku panjatkan doa apa yang tebaik buat ayahanda dan keluarganya..

Pukul 7 malam, ku terima panggilan darinya ,
Yang mula kudengari sedu sedan di ruang sana
..ayahandanya telah tiada….
Setelah lama sakit menderita…
Sakit itu penghapus segala dosa..
Semoga kematiannya membawa bersama dosa dosa yang terampun….

Innalillahiwainna ilahiraji’un..


Hari ini, ku terima berita
Mengenai tetangga..
Di awal pagi tadi
Keretanya terbabas
Tangki minyaknya pecah lalu terbakar ..
2 orang mati rentung di dalamnya..

Innalillah…

DariNya kita datang dan kepadaNYa kita kembali…

Al Fatihah ..yang mampu kita sedekahkan..
Buat semua roh roh yang bersemadi …

Kita yang tinggal ini moga sama sama menginsafi…
Ameen Ya Rabbal A’lameen..

Mati Itu Pasti


Mati Itu Pasti
Kita Takut Untuk Menghadapi

Mati Itu Pasti
Kita Disuruh Beribadah Ibarat Mati Keesokkan Hari
Kita Juga Dituntut Mencari Rezeki
Ibarat Akan Hidup Seribu Tahun Lagi.

Namun Kita Alpa….
Kita Lupa…
Kita Lebih Kepada Duniawi
Kita Berebut Rebut Mencari Rezeki
Seakan Akan Mati Pada Esok Hari..

Namun Begitu ..
Kita Beribadah Sekali Sekala
Ibarat Masih Banyak Masa
Untuk Bertaubat
Ibarat Akan Hidup Untuk 1000 Tahun Yang Akan Datang..

Mati Itu Pasti
Setiap Yang Hidup Pasti Akan Merasai.
Hanya Allah Yang Kekal Abadi