Monday, November 09, 2009

Subhanallah..

Salams,

kami terjumpa air terjun ni secara kebetulan... Syukur alhamdulillah.. diberikan peluang melihat ciptaan dan kebesaran Allah yang sangat indah...

gambar foto hanya diambil dari kamera murahan sahaja...

Subhanallah...Alhamdulillah.. Allahu Akbar...




Monday, November 02, 2009

Janji


Friday, October 30, 2009

Cerita Halloween lagi

Salams,

Walaupun 2 hari lepas kakak macam tak kisah tidak ke party Halloween, semalam selepas kakak pulang dari karate dia memberitahu lagi kawan kawan mengajak untuk ke party tesebut.

Saya: Party tu tak best

Kakak: Bestla banyak main main,jump jump.. ada movie banyak mainan..

Saya : Ibu rasa kalau pergi swimming lagi best. Kakak nak g party ke swimming?
(guna teknik mengalihkan minda)

Kakak: (nampak mcm confuse) akak nak g swimming la ibu.. bila ibu nak pergi..?

Saya: nanti tanya ayah.. (alhamdulillah)

Bila sampai di rumah , saya on komputer dan surf 'Halloween images" dan panggil kakak..

Saya: Kakak cuba tengok gambar gambar ni.. Ni gambar Halloween.. Ni gambar gambar Syaitan tau..




Saya: Kakak rasa orang Islam macam ni ker? Orang Islam bukan macam ni. Orang Islam tak suka syaitan.

Saya: Kakak takut tak tengok gambar ni?Kalau ibu takutlah nak g party macam ni..

Kakak: (angguk angguk)...Okaylah kakak nak g swimming la..

Alhamdulillah.. settle.. nanti ajak husband bawak dia g swimming...

Thursday, October 29, 2009

Halloween Party

Salams,

Kebetulan hari Sabtu 31 Oktober 2009, ada Halloween party di sekolah karate kakak. Mula mula apa bila saya melihat aktiviti di party tersebut hanyalah main main. Jadi saya memberitahu suami untuk membenarkan kakak untuk ke parti .

Apabila saya memberitahu suami, perkara yang pertama sekali dia tanyakan pada saya tahukah apa itu Halloween party? Dia suruh saya baca dan cari tentang sejarah wujudnya Party Halloween..

Saya terjumpa banyak pendapat tentang tajuk ini.. Antaranya adalah di sini

Walaupun tujuan asalanya untuk pergi 'for fun'. Tapi sebenarnya sebagai orang islam kita ada banyak peluang lagi untuk untuk bergembira.

Bila saya terangkan pada kakak, dia pun macam tak kisah sangat kalau tak pergi.. Alhamdulillah..Tapi kalau saya jadi kanak-kanak mungkin saya pun teringin nak pergi.. ntahlah.. Wallahu'alam...

Kentang Goreng



Semasa bersantai di hujung minggu saya nampak si kakak berbisik dengan ayahnya..

Suami: Suruhla ibu
Kakak: tak nak

Saya: Naper? nak suruh apa?
Suami: Kakak nak kentang goreng
Saya: Owh..

Kakak: Kakak nak ayah yang buat
Saya: Suruhla ayah buat

Kakak: Ayah buat sedap.. ibu buat tak sedap
Saya: Aiks.. Kan sama ja kentang goreng

(dalam fikiran saya mungkin tak sedap kerana kadang kadang saya tak letak garam..kononnya nak kurangkan garam dalam masakan.)

Saya: Naper Ibu buat tak sedap ayah buat sedap?
Kakak: Ayah buat sedap sebab ayah punya panjang ..

Saya: Owhhhhhh (kecik kecik dah pandai demand!)

Saya dan suami ketawa keh keh keh keh.. lawak la kakak ni...

Saturday, October 24, 2009

3 hari cuti

Minggu ini ada public holiday yang jatuh hari Isnin, makanya cuti panjanglah 3 hari. Sabtu Ahad dan Isnin.

Mulanya suami mengajak untuk pergi berjalan jalan , tapi memandangkan saya ada banyak kerja yang harus diselesaikan saya terpaksa menolak dan suami terpaksa membatalkan rancangan. Kasihan anak anak.

Hari sabtu, semua berehat di rumah. Sekejap lagi saya akan melawat site dan perlu memeriksa controller dan menghidupkan pump selama 1 minggu bagi tujuan mengumpul data dan analisis.

Ahad dan Isnin ada kerja kerja memahami,analisis dan merekabentuk controller yang perlu dilakukan.

Tapi bagaimana dengan cuti sekolah anak? Mungkin saya akan pergi berjalan jalan juga , cuma di kawasan yang dekat dekat sini saja..